Sistem e Pangkat diwujudkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)bagi tujuan dan urusan kenaikan pangkat di dalam perkhidmatan.Sistem e-Pangkat adalah termasuk dalam Modul Pengurusan Guru .
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) adalah antara profesion majoriti menggunakan sistem e-Pangkat ini.
Cara Proses Kenaikan Pangkat
Proses / Pelaksanaan untuk urusan kenaikan pangkat dilaksanakan seperti berikut:
- Urusan kenaikan pangkat dilakukan secara dalam talian (online).
- PPP perlu melengkapkan borang Laporan Nilaian Prestasi Khas
- Borang tersebut perlu dihantar kepada ketuan jabatan.
- Ketua Jabatan akan melalukan LPNK.
- Ketua Jabatan akan memastikan bahawa maklumat perkhidmatan dan markah prestasi ”up to date” dalam sistem epangkat.
- Kemudian akan ada tempoh perakuan Pengetua/Guru besar/ Ketua Bahagian kepada JPN/Bahagian.
- Seterusnya tempoh perakuan JPN/Pengarah Bahagian/IAB/Ipag Kampus/Kolej Matrikulasi kepada BPSM dan KPM.
- Tempoh masa perakuan perlu diikuti bagi mengelakkan sebarang kejadian permohonan ditolak.
Cara Login Sistem ePangkat 2023
Untuk log masuk ke dalam sistem e-pangkat, pengguna bolehlah layari: https://epangkat.moe.gov.my/login.php
Cara Semakan Keputusan Naik Pangkat
Semakan keputusan kenaikan pangkat boleh dibuat dengan cara berikut:
- layari: https://naikpangkat.moe.gov.my/
- Masukkan nombor kad pengenalan
- Klik semak.
Dihubungi
Jika pengguna menghadapi sebarang masalah atau ada persoalan , anda bolehlah hubungi:
Cawangan Naik Pangkat,
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 4, Blok E12 Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 PUTRAJAYA.
email: epangkat.admin@moe.gov.my
Maklumat tambahan
- Semakan keputusan urusan kenaikan pangkat secara online tidak melibatkan urusan pemangkuan.
- Urusan kenaikan pangkat secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan dilaksanakan secara berperingkat mengikut tempoh perkhidmatan yang melayakkan dan perakuan oleh Ketua Jabatan.
- Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM tidak bertanggungjawab bagi kes penyalahgunaan No. Kad Pengenalan oleh calon lain melalui sistem ini.
- Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang TELAH BERJAYA bagi sebarang urusan kenaikan pangkat, anda boleh menyemak STATUS SURAT PENYIARAN KENAIKAN PANGKAT DENGAN KETUA JABATAN/BAHAGIAN MASING-MASING SELEPAS 30 HARI BEKERJA dari TARIKH data dimuat naik.
Leave a Reply