ePenyata Gaji

ePenyata Gaji : Semakan Slip Gaji ANM

ePenyata Gaji : Semakan Slip Gaji ANM. Di era digital yang pesat ini, kemajuan teknologi telah membawa banyak kemudahan kepada pelbagai aspek kehidupan, termasuklah pengurusan gaji. Salah satu inovasi penting dalam konteks ini di Malaysia adalah ePenyata Gaji yang disediakan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM). Sistem ini membolehkan kakitangan awam untuk menyemak slip gaji mereka secara dalam talian.

Apa Itu ePenyata Gaji?

ePenyata gaji adalah salah satu sistem online oleh Jabatan Akauntan Negara (ANM) bagi memberi akses dan untuk memudahkan Kakitangan Kerajaan berperingkat Persekutuan untuk menyemak, mengakses, serta mencetak slip penyata gaji dengan mudah dan pantas.

Portal ini akan memudahkan lagi urusan harian yang melibatkan penggunaan slip gaji seperti pinjaman kewangan, mengisi maklumat persekolahan anak-anak dan permohonan bantuan kewangan seumpamanya.

Sistem daftar ePenyata ini juga secara tidak langsung akan menjimatkan masa, kos serta menjadikan urusan lebih mudah dan efisyen.

Cara Semakan ePenyata Gaji

Berikut adalah cara untuk membuat semakan penyata gaji melalui atas talian (online) bagi penjawat awam ;

  1. Layari laman web rasmi epenyata Gajihttps://epenyatagaji-laporan.anm.gov.my/Layouts/Login/Login.aspx
  2. Daftar Pengguna Baru – Bagi yang belum lagi mendaftar, anda diminta untuk mendaftar terlebih dahulu dengan klik pada pautan yang bertulis berwarna biru “Pertama Kali Mendaftar”
  3. Masukkan Maklumat – Masukkan maklumat yang diminta pada ruangan yang telah disediakan dan klik butang Ok. Pastikan maklumat yang diisi disahkan oleh sistem. Tekan butang “Ok” dan skrin Daftar Masuk akan dipaparkan.
  4. Daftar Masuk – Klik butang “Daftar Masuk”, masukkan No. Kad Pengenalan atau No. Pasport, masukkan Kata Laluan yang telah didaftarkan dan klik butang “Daftar Masuk.
  5. Kemaskini Maklumat – Sebelum memuat turun penyata gaji, anda dikehendaki untuk mengemaskini profil anda dengan memasukkan No H/P dan alamat E-mel. Langkah ini adalah penting bagi tujuan penghantaran kata laluan sementara apabila pengguna terlupa kata laluan.
ePenyata Gaji

Muat Turun Penyata Gaji

Setelah bera daftar masuk dan mengemasxkini maklumat dengan lengkap dan betul, barulah anda boleh klik pada submenu “Sendiri” untuk memuat turun Penyata Gaji Bulanan atau pun Penyata Pendapatan Tahunan.

1.) Menyemak Penyata Gaji Bulanan

  • Buat pilihan Tahun dan Bulan dan klik butang “Cari”.
  • Klik pada pilihan yang tertera di dalam jadual untuk memaparkan maklumat penyata gaji
  • kemudian anda boleh cetak atau simpan penyata gaji tersebut dalam media komputer anda

2.) menyemak penyata gaji Tahunan

  • klik ‘Penyata Pendapatan Tahunan” yang terdapat di bawah submenu “Sendiri”
  • Jadual penyata Pendapatan tahunan akan dipaparkan sekiranya penyata pendapatan gaji tahunan telah dimuat naik dalam sistem
  • Klik pada pilihan yang tertera di dalam jadual untuk memaparkan maklumat penyata pendapatan
  • kemudian anda boleh cetak atau simpan penyata gaji tersebut dalam media komputer anda
Penyata Gaji

Nota : peringatan penting , Sistem epenyata Gaji & Laporan hanya menyimpan maklumat penyata Gaji Bulanan bagi tempoh 18 bulan, Penyata pendapatan Tahunan bagi tempoh 7 Tahun dan laporan gaji Pusat pembayar bagi tempoh 4 bulan terkini sahaja,

Maklumat lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, anda boleh emelkan masalah atau aduan berkaitan Sistem epenyata Gaji & laporan ke emel rasmi epayslip@anm.gov.my dengan menyertakan Nama penuh, No. K/P, No. Gaji, No. Kod Pejabat Perakaunan, No. Kod Jabatan dan No. Kod Pusat pembayar.

No Telefon – 03-8882 1000
Facebook – https://www.facebook.com/JabatanAkauntanNegara/


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *