Mysalam merupakan satu inisiatif oleh kerajaan Malaysia yang bertujuan untuk membantu golongan berpendapatan rendah, atau dikenali sebagai golongan B40. Skim ini menyediakan perlindungan takaful secara percuma untuk membantu golongan ini dalam menghadapi beban kewangan akibat masalah kesihatan serius.
Mysalam diwujudkan dengan kerjasama antara kerajaan dan syarikat insurans takaful, di mana ia menawarkan perlindungan untuk penyakit kritikal serta manfaat hospitalisasi.
Manfaat Mysalam
Antara manfaat Mysalam 2024 adalah pembayaran tunai sebanyak RM8,000 dibayar sekali seumur Hidup apabila didiagnos Salah satu daripada 45 penyakit kritikal Dan pembayaran tunai RM50 sehari hospitalisasi untuk maksimum 14 hari.
Nota : Terkini, dimaklumkan bahaha penghantaran tuntutan bagi penerima Mysalam yang didiagnos dari 2019-2023 hanya boleh dihantar sehingga 30 Jun 2024 sahaja.
Selepas dari tarikh yang diumumkan ini tuntutan bagi diagnosis 2019-2023 Tidak lagi akan diterima.
Semakan Kelayakan Skim Perlindungan B40
Semakan kelayakan Mysalam 2024 kini sudah dibuka Bermula 7 Julia 2024 di portal Mysalam – https://www.mysalam.com.my/mys/info/
Bagi peserta yang layak, sekiranya anda dimasukkan ke Hospital Kerajaan atau diagnosis dengan penyakit kritikal Bermula 1 Januari 2024 sehingga 31 Disember 2024.
Anda boleh menghantar tuntutan tersebut melalui portal Mysalam Bermula 7 Jualai 2024. Sila pastikan Semua dokumen tuntutan Dan Maklumat Akaun bank anda adalah lengkap Dan tepat.
Leave a Reply