mySPP 2024 : Permohonan Jawatan Terkini SPP

mySPP 2024 : Permohonan Jawatan Terkini SPP. Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) merupakan sebuah badan yang bertanggungjawab dalam mengendalikan urusan pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, pemberian taraf berpencen, dan lain-lain urusan berkaitan perkhidmatan pendidikan di Malaysia. Pada tahun 2024, portal MySPP kembali dengan kemas kini yang memudahkan permohonan jawatan dalam sektor pendidikan.

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) mempelawan Graduan Pendidikan yang telah mengamalkan pengajian Dan memperoleh keputusan senat Universiti sebelum atau pada 26 April 2024 untuk Memohon jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG 41ST secara lantikan Kontrak (Interm) untuk ditempatkan di Kementerian Pendidikan Malaysia.

Apa Itu MySPP?

MySPP adalah portal dalam talian yang dibangunkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan untuk memudahkan urusan permohonan jawatan dalam bidang pendidikan. Melalui portal ini, calon-calon yang berminat untuk menyertai perkhidmatan pendidikan boleh membuat permohonan secara dalam talian tanpa perlu mengisi borang secara manual.

SPP juga merupakan Pihak Berkuasa Melantik (PBM) bagi anggota Perkhidmatan Pendidikan dalam urusan pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, kemasukan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, kenaikan pangkat, pertukan pelantikan/pertukaran tetap perkhidmatan Dan jawapan tatatertib.

Permohonan Jawatan Terkini mySPP 2024

Pemohon dinasihatkan agar membaca terlebih dahulu maklumat Jawatan di Portal SPP sebelum memohon bagi mengelakkan pemohon Memohon Jawatan yang tidak berkaitan dengan kelayakan yang dimiliki.

Ikuti langkah-langkah seperti berikut bagi mengisi borang SPP :

  • Log masuk ke portal mySPP – https://myspp.spp.gov.my/myspp/index.php
  • Klik “Maklumat Pemohon” Dan isikan semua maklumat yang ditandakan dengan bintang yang berwarna merah (*)
  • Klik “Maklumat Akademik” Dan isikan semua maklumat yang ditandakan dengan bintang yang berwarna merah (*)
  • Isikan Maklumat “Pegawai Sedang Berkhidmat” sekiranya berkaitan
  • Klik pada pautan Maklumat Tambahan Dan isi butiran selengkapnya
  • Klik pada menu “Jawatan Dimohon”, sub-menu “Jawatan SPP” Dan sub-menu “Jawatan PDRM/Lain-lain”
  • Calon hanya boleh memohon maksimum 3 Jawatan SPP sahaja.
  • Pilih Pusat Temuduga / Ujian Khas yang Dipilih daripada senarai yang diberikan
  • Klik butang “Hantar” sekiranya berpuas hati dengan maklumat-maklumat yang diberikan
  • Slip Akaun Pendaftaran akan dipaparkan Dan ia boleh dicetak sebagai rujukan
mySPP 2024

Cara Daftar mySPP 2024

Bagi mereka yang ingin membuat Permohonan’, anda dikehendaki untuk mendaftar mySPP terlebih dahulu. Untuk mendaftar mySPP 2024, sila ikuti langkah seperti berikut :

1. Pendaftaran Baharu

2. Isi Maklumat

  • Pastikan semua medan bertanda (*) diisi
  • Selesai medan diisi, klik butang “Daftar”

3. Klik Hantar

Setelah selesai memasukkan semua medan, klik butang “Hantar”

4. Pengaktifan akaun

Penghantaran pautan pengesahan Pendafataran akan dihantar ke alamat e-mel yang didaftarkan :

5. Log Masuk

Anda boleh terus log masuk ke portal mySPP menggunakan MyID Dan kata laluan yang didaftarkan.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan Dan maklumat lanjut mengenai mySPP 2024 : Permohonan Jawatan Terkini SPP, sila hubungi :

Talian Hotline mySPP :

  • Urusan Pengambilan : 03-8893 4019/4020
  • Urusan Teknikal : 03-8893 4021

Alamat surat menyurat : Aras 1-4, Blok F9, Kompleks F, Lebuh Perdana Timur, Presint 1, 62000 Putrajaya.

    Leave a Comment