Nota Hubungan Kerajaan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis dengan Negeri-negeri Melayu yang Lain

Nota Hubungan Kerajaan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis dengan Negeri-negeri Melayu yang Lain

Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis muncul sebagai kerajaan yang berdaulat. Setiap kerajaan ini berjaya membentuk pemerintahan masing-masing dengan menjalinkan hubungan dengan negeri-negeri Melayu lain yang membentuk satu jaringan dalam aspek diplomatik dan perdagangan. Terdapat tiga asas hubungan iaitu, keserupaan, kesinambungan, dan geografi.

Asas Hubungan

Asas HubunganKeterangan
KeserupaanPersamaan dalam aspek budaya dan bahasa memudahkan komunikasi. Sistem pemerintahan turut sama dan memudahkan hubungan diplomatik antara negeri-negeri tersebut.
KesinambunganHubungan ini berfungsi mengekalkan pengaruh Kesultanan Melayu Melaka dan menjaga tradisi warisan Kesultanan yang sama, seperti hubungan dinasti pemerintahan dan adat.
GeografiKedudukan geografi yang berdekatan, seperti perairan dan sungai, memainkan peranan penting dalam mewujudkan interaksi perdagangan dan pentadbiran.

Hubungan Diplomatik

Cara Hubungan DiplomatikPenjelasan
PengiktirafanPengiktirafan bertujuan menstabilkan hubungan antara kerajaan dan menjaga keharmonian wilayah.
Perkahwinan DirajaPerkahwinan diraja dijalankan untuk mengukuhkan hubungan diplomatik dan menjamin kestabilan antara kerajaan-kerajaan.
PerlindunganBantuan ketenteraan diberikan antara negeri sebagai langkah menjaga keselamatan dan keseimbangan kuasa.

Kesimpulan
Hubungan diplomatik antara kerajaan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, dan Perlis dengan negeri Melayu yang lain berfungsi untuk mengekalkan kesinambungan budaya, agama, dan politik. Hubungan ini juga memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan perdagangan, pemerintahan, dan kerjasama antara negeri-negeri Melayu di rantau ini.

Nota lain :


Posted

in

,

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *