Pada abad ke-18, British mengembangkan pengaruhnya di Timur untuk mengukuhkan kekayaan hasil perdagangan. Kedudukan strategik Pulau Pinang, Singapura, dan Melaka memberi kelebihan kepada British dalam perdagangan dan pertahanan di rantau ini.
Latar Belakang Pulau Pinang, Singapura dan Melaka
Kawasan | Huraian |
---|---|
Pulau Pinang | – Menjadi wilayah Kesultanan Kedah sebelum diberikan kepada British sebagai pertukaran perlindungan. |
Singapura | – Wilayah Kesultanan Johor-Riau, digunakan oleh British untuk membangunkan pelabuhan dan pusat perdagangan. |
Melaka | – Sebuah pelabuhan penting yang jatuh ke tangan British melalui Perjanjian Inggeris-Belanda 1824. |
Strategi British Menguasai Kawasan
Pulau Pinang
Tipu Helah Francis Light:
- Meyakinkan Sultan Kedah untuk menyerahkan Pulau Pinang dengan janji perlindungan daripada Siam.
Perjanjian:
- Sultan Kedah terpaksa menyerahkan Pulau Pinang kerana ancaman Siam dan British menjanjikan sokongan.
Singapura
Manipulasi Stamford Raffles:
- Mengambil kesempatan daripada perselisihan dalam Kesultanan Johor-Riau untuk mendirikan pelabuhan di Singapura.
Perjanjian 1819:
- Stamford Raffles menandatangani perjanjian dengan Temenggong Abdul Rahman dan Sultan Hussein.
Melaka
- Perjanjian Inggeris-Belanda 1824:
- Melaka diserahkan kepada British sebagai pertukaran untuk Belanda menguasai kawasan di Sumatera.
Kepentingan Kawasan kepada British
Pulau Pinang:
- Pusat pengumpulan barang dan pelabuhan penting untuk perdagangan dengan China.
Singapura:
- Lokasi strategik di Selat Melaka memudahkan kawalan laluan perdagangan utama.
Melaka:
- Pelabuhan persinggahan penting yang menyokong perjalanan perdagangan antarabangsa.
Kesimpulan
Peluasaan kuasa British di Pulau Pinang, Singapura, dan Melaka memberi impak besar terhadap penguasaan perdagangan dan kestabilan ekonomi British di Alam Melayu. Tindakan ini juga membawa perubahan politik dan sosioekonomi di kawasan tersebut.
Nota lain :
Leave a Reply