Nota Pembentukan Negeri-negeri Selat

Nota Pembentukan Negeri-negeri Selat

Negeri-negeri Selat merupakan unit pentadbiran yang dibentuk oleh British untuk mengukuhkan penguasaan mereka terhadap Pulau Pinang, Singapura, dan Melaka. Negeri-negeri Selat ditubuhkan pada tahun 1826 dan dibubarkan pada tahun 1946.


Latar Belakang Pulau Pinang, Singapura dan Melaka Sebelum Pembentukan Negeri-negeri Selat

KawasanHuraian
Pulau Pinang (1786-1826)– Diasaskan oleh Francis Light selepas Persetujuan dengan Sultan Kedah.- Menjadi pusat perdagangan bebas untuk menguasai perdagangan di rantau ini.- Menjadi pengkalan tentera British di Timur.
Singapura (1819-1826)– Dibuka oleh Stamford Raffles melalui perjanjian dengan Sultan Hussein dan Temenggong Abdul Rahman.- Dijadikan pelabuhan bebas dan pusat perdagangan penting di Asia Tenggara.
Melaka (1824-1826)– Diserahkan oleh Belanda kepada British melalui Perjanjian Inggeris-Belanda 1824.- Berperanan sebagai pelabuhan persinggahan dan pusat logistik.

Negeri-negeri Selat 1826

Pada tahun 1826, Pulau Pinang, Singapura, dan Melaka digabungkan menjadi satu unit pentadbiran yang dinamakan Negeri-negeri Selat.

Kepentingan Pembentukan Negeri-negeri Selat kepada British

Pengukuhan Kawalan Politik:

  • Memusatkan pentadbiran di bawah Gabenor British.

Penguasaan Ekonomi:

  • Menguasai laluan perdagangan utama di Selat Melaka.

Peranan Ketenteraan:

  • Menjadikan kawasan tersebut sebagai pangkalan tentera dan pertahanan.

    Hubungan Negeri-negeri Selat dengan Negeri-negeri Melayu

    Pengaruh Ekonomi:

    • British memanfaatkan Negeri-negeri Melayu sebagai sumber bahan mentah untuk perdagangan.

    Campur Tangan Politik:

    • Membuka jalan kepada campur tangan British dalam pentadbiran Negeri-negeri Melayu.

      Kesimpulan

      Pembentukan Negeri-negeri Selat adalah langkah strategik British untuk mengukuhkan pengaruh politik, ekonomi, dan ketenteraan di Alam Melayu. Tindakan ini memberikan kesan besar kepada perkembangan politik dan ekonomi di rantau ini.

      Nota lain :


      Posted

      in

      ,

      by

      Tags:

      Comments

      Leave a Reply

      Your email address will not be published. Required fields are marked *