Selepas rundingan kemerdekaan di London pada tahun 1956, kerajaan British menubuhkan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, juga dikenali sebagai Suruhanjaya Reid. Suruhanjaya ini diberikan tugas untuk membincangkan, menyusun, dan merangka perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu. Perlembagaan ini penting sebagai asas pembentukan negara yang merdeka dan berdaulat.
Tugas Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
- Memeriksa aturan perlembagaan yang wujud di seluruh Tanah Melayu, termasuk undang-undang negeri-negeri Melayu dan Raja-raja Melayu.
- Membincangkan draf perlembagaan dengan pelbagai pihak dan menyesuaikan cadangan untuk diterima oleh semua kumpulan masyarakat.
- Mewujudkan kerajaan pusat yang kuat tetapi membenarkan kerajaan negeri mengurus hal tempatan.
- Melindungi kedudukan Raja-raja Melayu sebagai ketua negeri di negeri masing-masing.
- Menginstitusikan hak asasi individu seperti termaktub dalam Piagam Agung (Magna Carta) bagi memastikan kebebasan rakyat.
- Mengadakan sistem kerajaan demokrasi berparlimen dengan kuasa eksekutif dipegang oleh kabinet yang dipilih rakyat.
- Menjaga kedudukan istimewa orang Melayu dan memberi hak kepada kaum lain.
Anggota Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
- Lord Reid (Pengerusi)
- Sir William McKell
- Sir Ivor Jennings
- Hakim B. Malik
- Hakim Abdul Hamid
Kesimpulan
Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu memainkan peranan penting dalam membentuk asas perlembagaan yang menjamin perpaduan dan kestabilan negara selepas mencapai kemerdekaan. Keputusan yang dicapai melalui Suruhanjaya Reid memberikan kerangka sistem pemerintahan yang adil dan demokratik serta melindungi hak semua kaum. Perlembagaan ini kekal menjadi panduan utama dalam pentadbiran negara hingga kini.
Nota lain :
Leave a Reply