Novel Tirani : Sipnopsis, Tema, Persoalan, Nilai & Pengajaran

Novel Tirani karya Beb Sabariah merupakan salah satu teks KOMSAS (Komponen Sastera dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu) bagi pelajar tingkatan 5 di Malaysia. Novel ini mengetengahkan pelbagai tema, persoalan, watak, dan gaya bahasa yang memberikan pengajaran penting serta mencerminkan realiti kehidupan masyarakat. Dalam artikel ini, kita akan mengupas secara ringkas aspek utama dalam novel Tirani.

Sinopsis Novel Tirani

Novel ini mengisahkan tentang kisah seorang gadis beranama Waheeda yang ingin menjadi cantik dan berhidung mancung kerana hidungnya berbentuk pesek. Dia juga ingin menaikkan namanya dalam bidang pekerjaan yang diceburinya iaitu pelancongan sehingga mengabaikan batas-batas pergaulan walaupun telah berkahwin dengan Zahid. Waheeda telah membuat kebetulan hidungnya yang kebetulan digigit monyet dengan melakukan pembedahan rekonstruksi wajahku untuk menjadi lebih cantik. Dengan kecantikan yang dibentuk, Maka datanglah kejayaan dalam kerjayanya. Namun, kecantikan Dan kejayaan dalam bidang kerjayanya tidak menjamin kebahagian dalam hidupnya. Rumah tangganya goyah, serta tugasannya bertambah berkat kerana Harappan orang ramai terhadapnya melambung tinggi. Akhirnya, Waheeda telah diceraikan oleh suaminya dan Waheeda jatuh sakit kerana cintanya terhadap suaminya masih mendalam.

Penceraian mereka berpunca daripada wajahku anaknya yang tidak mewarisi kecantikannya Dan ditambah rasa cemburu oleh Zahid. Akhirnya, Waheeda bertekad untuk berjaya Dan berdikari dalam bidang pelancongan dengan menguruskan sebuah chalet Di Cameron Highland. Kemajuan charlet yang diusahkan oleh Waheeda Dan anaknya Izzati telah menarik kehadiran ramai pelancongan termasuklah Zahid. Akhirnya mereka dipertemukan Di chalet tersebut. Namun, disudut hati Waheeda Dan Zahid terserlah satu falsafah hidup bahawa kecantikan seorang hanyalah satu tirani

Tema

Tema yang boleh diperoleh dalam Novel ini adalah kecantikan fizikal hanyalah bersifat sementara, yang kekal adalah ilmu Dan pengetahuan yang kita miliki serta kekuatan Itu yang akan melindungi kelemahan Diri kita.

Persoalan

1. Persoalan kegigihan menempuh cabaran untuk mengecapi kejayaan dalam kerjaya

  • Waheeda yang menempuh pelbagai cabaran dalam kerjayanya dan mampu menaikkan syarikat yang diusahakannya seperti Chalet Aya Sajinah Di Cameron Highland

2. Persoalan Kashi sayang ibu kepada anaknya

  • Ibu kepada Waheeda, Raidah menunjukkan Kashi Dan sayangnya kepada anaknya sejak kecil apabila tidak jemu memupuk Waheeda kerana diejek oleh rakan sekolah. Dia juga menemani Waheeda ke Singapura untuk menjalani pembedahan rekonstruksi wajahnya

3. Persoalan berikhtiar dalam menyelesaikan masalah

  • Waheeda telah meminta pertolongan rakannya Nurjihan untuk menyerahkan sampel rambutan suaminya, dirinya serta anaknya demi menjalankan ujian DNA. Sebagai bukit bahawa Izzati adalah anak kandungan mereka.

4. Persoalan menghargai budaya dan warisan

  • Waheeda telah memilihj untuk memperagakan pakaian Cheongsam Brooked Merah ketika menyertai Pertandingan Ratu Pelancongan Antarabangsa Di The Four Season Hotel

Nilai

1. Nilai Kasih Sayang

  • Waheeda yang mencintai suaminya sepenuhnya hati telah mengalami kemurungan akibat tindakan Zahid yang menceraikannya

2. Nilai Kesabaran

  • Waheeda sabar dituduh oleh suaminya Zahid mengadakan hubungan sulit dengan lelaki lain hanya kerana sikapnya yang Rahmah Dan mesra Waheeda yang menginap di chalet mereka

3. Nilai Tanggungjawab

  • Ibu dan bapa waheeda telah membawa anak mereka mendapatkan rawatan di Hospital Pusrawi selepas diceraikan Zahid

4. Nilai Keberanian

  • Waheeda telah membuat pinjaman bank apabila ingin mengambil alih chalet baharu bagi memulakan hidup barunya

5. Nilai Keinsafan

  • Zahid mengakui kesalahannya terhadap Salah laku pada masa dahulu menceraikan Waheeeda terburu-buru dan cemburu buta

Pengajaran

1. Kita hendaklah mensyukuri ke atas nikmat yang dikurniakan Tuhan kerana melahirkan kita dalam pelbagai rupa dan bentuk. Hal ini kerana kecantikan rupa Paras tidak akan kekal selama-lamanya

    2. Kita wajar berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan dalam kerjaya. Waheeda yang mengusahakan pelbagai inisiatif bagi mengembangkan perniagaan chaletnya wajar dicontohi

    Kita hendaklah bersikap sabar Dan menyiasat dahulu dengan teliti jika meragui sesuatu perkara. Hal ini kerana jika kita silap, akibatnya nanti kita yang akan menanggung penyesalan


    Posted

    in

    by

    Tags:

    Comments

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *