PBPPP adalah penilaian yang memfokuskan kepada penilaian dan pembangunan kompetensi, potensi dan keberhasilan berasaskan gred dan jawatan serta mengambil kira kepelbagaian bidang tugas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP).
PBPPP digubal berdasarkan kepada prinsip asas penilaian berikut:
- Penilaian yang adil dan telus berasaskan kepada prestasi/ hasil kerja/ output/ outcome/ impak yang bersesuaian serta perlakuan yang berkaitan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab.
- Menggalakkan persaingan positif dalam meningkatkan kualiti dan produktiviti ke arah pencapaian objektif organisasi.
- Berfokus kepada penilaian terhadap pegawai mengikut tanggungjawab dan bidang tugas.
Login PBPPP
Untuk log masuk ke dalam sistem PBPPP
- layari: https://eprestasi.moe.gov.my/
- Klik butang log masuk di sebelah atas kanan.
- Masukkan ID pengguna dan kata laluan.
Jika terlupa kata laluan, layari: https://eprestasi.moe.gov.my/resetPassWD.cfm
Hubungi
Jika terdapat sebarang masalah dan persoalan, hubungi:
Alamat:UNIT PENILAIAN KOMPETENSI,
CAWANGAN LATIHAN DAN KOMPETENSI,
BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA,
ARAS 4, BLOK E12, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA.
Telefon:03-8884 7294/ 7287/ 72884
Leave a Reply