Penanda Wacana

Penanda Wacana : Contoh Dan Cara Menggunakannya

Penanda wacana ialah unsur bahasa yang digunakan untuk menyusun dan menyambung idea dalam ayat atau antara ayat dalam wacana. Ia membantu pembaca atau pendengar memahami aliran dan hubungan antara idea yang disampaikan.

Penggunaan yang betul dan berkesan dapat meningkatkan kefahaman dan kelancaran komunikasi. Oleh itu, adalah penting untuk memahami fungsi dan cara penggunaan penanda wacana agar dapat berkomunikasi dengan lebih baik dan berkesan.

Contoh Penanda Wacana Dan Cara Menggunakannya

Berikut merupakan beberapa Jenis Penanda Wacana yang boleh digunakan :

Penanda Wacana

Bagi untuk menggunakannya, berikut merupakan beberapa contoh Penanda Wacana daripada beberapa Jenis yang di senaraikan seperti gambar rajah di atas :’

Penanda Permulaan Karangan

  • Dalam meniti arus kemodenan ini,
  • Dewasa ini,
  • Dasawarsa ini,
  • Kini,
  • Dalam meniti kehidupan pada marcapada,
  • Sejak sedekad yang laku,
  • Pada zaman pascakemerdekaan ini,
  • Pada era globalisasi ini,
  • Sejak negara menikmati arus kemerdekaan,
  • Kebelakangan ini,
  • Sejak akhir-akhir ini,

Penanda Memulakan Isi Baharu

  • Selain itu,
  • Dalam pada itu,
  • Sementara itu,
  • Di samping itu,
  • Lebih-lebih lagi,
  • Pada waktu yang sama,
  • Seterusnya,

Penanda Huraian Isi Karangan

  • Hal ini berlaku kera
  • Hal ini terjadi kerana
  • Hal ini disebabkan oleh
  • Hal ini berpunca daripada
  • hal ini tercetus apabila
  • Hal ini demikian kerana
  • Hal ini wujud akibat daripada
  • Hal ini timbul apakala

Pananda Menghuraikan Contoh

  • Hal ini menyebabkan
  • Oleh itu,
  • Maka,
  • Oleh Hal yang demikian,
  • Oleh sebab itu,
  • Hal ini mengakibatkan
  • Jelaslah bahawa
  • Justifikasinya

Penanda Memberi Contoh Dalam Karangan

  • Misalnya,
  • Contohnya,
  • Tamsilnya,
  • Sebagaimana yang kita sedia maklumat,
  • antaranya adalah seperti
  • Sebabgai contoh,

Penanda Menutup Isi

  • Kesannya,
  • Akibatnya,
  • Dengan itu,
  • Dengan berbuat demikian,
  • Dengan keadaan sedemikian,
  • Natijahnya,
  • Akhirnya,

Penanda Menulis Dua Huraian Dalam Satu Ayat

  • Justeru
  • Malah
  • Malahan
  • Tambahan pula
  • Juga
  • Sementelahan
  • Di samping
  • Bahkan
  • Bahkan juga
  • Malar-malar
  • Sekali gus

Penanda Memulakan Perengan Penutup

  • Kesimpulanya,
  • Secara tuntas,
  • Konklusinya,
  • Intihanya,
  • Sebagai penutup wacana,
  • Sebagai penghias bicara akhir,
  • Sebelum mengakhiri wacana ini,
  • Secara keseluruhan,
  • Secara total

Penanda Menerangkan Huraian Atau Pendapat Yang Berbeza

  • Walau bagaimanapun,
  • Namun demikian,
  • Jika dilihat dari sudut lain,
  • Dengan kata lain,
  • Disebalik itu,
  • Dalam pada itu,
  • Dari sudut lain,
  • Daripada perspektif yang berbezam
  • walakin begitu,

Penanda Memulakan Atau Memasukkan Peribahasa

  • Bak kata peribahasa melayu,
  • Baka kata peribahasa,
  • Bak kata mutiara,
  • Bak kata-kata orang tua,
  • Bak kata cendekiawan,
  • Persis kata peribahasa,
  • Persis kata mutiara,
  • Persis kata peribahasa melayu,
  • Hal ini sama dengan peribahasa
  • Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni,
  • Fenomena ini dikatakan,
  • Masalah ini sama dengan peribahasa,
  • Saya yakin kalau slogan _ diamalkan
Penanda Wacana

Semoga dengan perkongsian Penanda Wacana : Contoh Dan Cara Menggunakannya ini dapat membantu kepada para pelajar. Dengan penggunaan yang betul, seterusnya dapat menghasilkan karangan yang bermutu tinggi ianya akan membantu lagi untuk mendapatkan markah yang tinggi.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *