Kerjaya sebagai seorang guru semakin diminati ramai dan dijadikan sebagai kerjaya pilihan pada masa hadapan. Bagi mereka yang berminat untuk menjadi seorang guru, anda boleh menggunakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebagai batu loncatan untuk mencapai impian tersebut.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menjemput warganegara Malaysia lulusan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020, 2021 dan 2022 yang berkelayakan, berpotensi,
berminat dan beriltizam untuk menjadi salah seorang pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).
Mengenai PISMP
Program ini diberi nama Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Ianya mengkhususkan melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam bermacam jenis bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.
Pemohon akan mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama tiga (3) semester di IPG yang ditempatkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pemohon yang LULUS PPISMP akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan menyambung pengajian PISMP selama empat (4) tahun atau bersamaan dengan dua belas (12) semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia. PPISMP dan PISMP adalah dijalankan secara Sepenuh Masa
Tarikh Permohonan PISMP dibuka
Permohonan PISMP dibuka pada 15 Mac hingga 15 April 2023.
Cara Memohon PISMP IPG
Bagi mereka yang benar-benar berminat, permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman sesawang permohonan PISMP Kementerian Pendidikan Malaysia di https://pismp.moe.gov.my/index.cfm
Setelah itu, permohonan anda akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang ditetapkan oleh KPM, pemohon yang terpilih pula dikehendaki untuk menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum dipanggil untuk temuduga.
Bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), temuduga, syarat bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti, para pemohon dinasihatkan untuk sentiasa peka dengan pengumuman oleh KPM di laman web mereka.
Pemohon boleh mengemukakan SATU(1) permohonan dan boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja sehingga tarikh permohonan ditutup.
Pemohon hendaklah mengesahkan setelah selesai membuat pengemaskinian dengan menekan butang pengesahan yang disediakan sebelum tarikh tutup permohonan. Pengesahan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan.
Nombor rujukan hendaklah disimpan oleh pemohon kerana ianya penting untuk membuat semakan dimasa akan datang.
Sila pastikan permohonan anda lengkap. Permohonan boleh ditolak sekiranya maklumat tidak benar dan tidak lengkap.
Baca lagi : https://portalsemakan.com/biasiswa-ismp/
Syarat-syarat Permohonan ke IPG
Sebelum mebuat permohonan, adalah lebih baik anda mengambil berat berkenaan syarat-syarat yang dikenakan.
Syarat umum :
- Warganegara Malaysia.
- Umur tidak melebihi 20 tahun.
- Sihat tubuh badan.
- Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
Syarat Asas Akademik :
1.Mendapat gred cemerlang dalam mana-mana lima (5) matapelajaran di peringkat SPM.
Mendapat sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran berikut iaitu :
- Bahasa Melayu , dan
- Sejarah
- Mestilah lulus Bahasa Inggeris.
- Memenuhi syarat bidang pengkhususan.
Anda tidak layak memohon sekiranya anda :
- Sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
- dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semsa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.
- pernah mengikuti program ikhtisas di IPG, tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program.
- pernah atau sedang disabitkan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.
Selamat memohon!
Senarai Pengkhususan
Sekolah Kebangsaan (SK)
- Bahasa Melayu PendidikanRendah
- Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
- Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua
- Pendidikan Rendah (TESL)
- Pendidikan Awal KanakKanak
- Sejarah Pendidikan Rendah 3.1.9 Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
- Reka Bentuk dan Teknologi
- Pendidikan Rendah
- Pendidikan Khas Masalah Pendengaran
- Pendidikan Seni Visual
- Pendidikan Rendah
- Pendidikan Khas Masalah Penglihatan
- Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)
- Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah (TESL)
- Bimbingan dan Kaunseling
- Sejarah Pendidikan Rendah
- Sains Pendidikan Rendah
- Reka Bentuk dan Teknologi
- Pendidikan Rendah
- Bahasa Cina Pendidikan
- Rendah
- Pendidikan Seni Visual
- Pendidikan Rendah
- Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
- Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah
- Pendidikan Khas Masalah Pendengaran
- Pendidikan Jasmani
- Pendidikan Rendah
- Pendidikan Khas Masalah Penglihatan
- Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
Sekolah jenis kebangsaan Tamil
- Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah (TESL)
- Pendidikan Jasmani
- Pendidikan Rendah
- Sejarah Pendidikan Rendah
- Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
- Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah
- Matematik Pendidikan Rendah
- Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah
- Bahasa Tamil Pendidikan Rendah
- Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah
Berapakah had umur permohonan PISMP?
Tidak melebihi 20 tahun.
Lepasan SPM tahun bilakah boleh memohon PISMP 2023?
Lepasan SPM 2020,2021, dan 2022.
Bilakah permohonan PISMP dibuka?
Pada bulan Mac 2022.
Leave a Reply