Berita baik buat guru-guru yang telah mengisi borang pertukaran tempat mengajar melalui sistem e-Gtukar, kini semakan keputusan boleh mula dibuat.
Semakan keputusan eGtukar akan dibuka pada 6 Disember 2021.
Pertukaran ini adalah untuk sesi mengajar pada tahun 2022.
Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia, tarikh ini diawalkan bagi memberi kemudahan buat para guru membuat persedian peroindahan ke tempat baharu.
DIlaporkan bahawa bilangan guru yang mendapat kelulusan pertukaran kali ini adalah tertinggi yang pernah dicatatkan.
Semakan Keputusan eGtukar 2022
Semakan keputusan egtukar ini boleh dibuat pada laman web rasmi egtukar di pautan https://epgo.moe.gov.my/
Menurut KPM, mereka menerima permohonan pertukaran yang tinggi ketika permohonan dibuka pada Ogos lalu.
Urusan pertukaran guru akan diselesaikan terlebih dahulu, sebelum penempatan 18,000 guru baharu melalui pengambilan guru secara one-off.
Statistik Pertukaran Januari 2021
Statistik permohonan pertukaran guru permohonan masuk dan permohonan keluar bagi sekolah rendah/menengah adalah seperti jadual di bawah.
Sekolah Menengah
Sekolah Rendah
Bilakah semakan keputusan egTukar boleh dibuat?
Mulai 6 Disember 2021.
Bagaimana cara membuat semakan?
Layari laman web rasmi e-Gtukar.