Senarai Peribahasa Melayu Dan Maksudnya. Peribahasa Melayu adalah khazanah warisan budaya yang sarat dengan nasihat, panduan hidup, serta nilai-nilai moral dan etika. Setiap peribahasa mengandungi makna yang mendalam dan sering kali digunakan dalam percakapan harian untuk memberi pengajaran atau menyampaikan sesuatu dengan lebih berkesan.
Di dalam masyarakat di Negara kita terutamanya dalam kalangan orang melayu, peribahasa sering digunakan dalam kehidupan seharian dalam percakapan, ia juga untuk menyampaikan sesuatu nasihat, teguran atau ingatan secara kiasan atau sindiran. Berikut adalah senarai beberapa peribahasa Melayu beserta maksudnya:

Senarai Peribahasa Melayu Dan Maksudnya
Peribahasa | Maksudnya |
Bagai aur dengan tebing | Kerjasama yang erat antara dua pihak untuk kebaikan bersama. Aur dan tebing saling memerlukan, di mana aur memerlukan tebing untuk tumbuh dan tebing memerlukan aur untuk mencegah hakisan. |
Bagai melepaskan batuk di tangga | Melakukan sesuatu pekerjaan secara sambil lewa atau tidak bersungguh-sungguh. Ini menggambarkan perbuatan yang tidak sempurna dan tidak menyelesaikan masalah. |
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri | Walaupun negara lain kelihatan lebih baik atau lebih maju, tempat asal sendiri tetap lebih baik kerana di situlah seseorang merasa selesa dan selamat. |
Seperti kacang lupakan kulit | Orang yang tidak mengenang jasa atau asal usulnya. Ini merujuk kepada seseorang yang telah berjaya tetapi melupakan orang atau tempat asal yang telah membantunya. |
Air dicincang tidak akan putus | Hubungan kekeluargaan yang kuat dan tidak boleh diputuskan walaupun berlaku perselisihan atau pertengkaran. |
Belakang parang kalau diasah lagikan tajam | Seseorang yang bodoh atau lemah dalam sesuatu perkara boleh menjadi pandai atau mahir jika diajar dan diberi latihan. |
Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas | Sesuatu yang kekal dan tidak berubah oleh keadaan atau masa. Ini sering digunakan untuk menggambarkan adat resam, budaya, atau nilai-nilai yang tetap relevan walaupun zaman berubah. |
Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan | Jika melakukan sesuatu pekerjaan, lakukanlah dengan bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan atau kesempurnaan. |
Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung | Menghormati dan mematuhi adat dan peraturan tempat kita berada. Ini menggambarkan sikap menghormati dan menyesuaikan diri dengan budaya dan persekitaran setempat. |
Seperti sirih pulang ke gagang | Kembali ke tempat asal atau pulang ke pangkuan keluarga setelah lama merantau. Ini juga boleh bermaksud sesuatu yang kembali ke tempat asalnya. |
Harapkan pagar, pagar makan padi | Menggambarkan keadaan di mana seseorang yang dipercayai untuk menjaga sesuatu, malah menjadi pengkhianat dan merosakkan apa yang sepatutnya dijaga. |
Sekali air bah, sekali pantai berubah | Perubahan yang berlaku mengikut masa dan keadaan. Ini menunjukkan bahawa tidak ada yang tetap di dunia ini dan segalanya akan berubah. |
Bagai telur di hujung tanduk | Keadaan yang sangat berbahaya dan tidak stabil, di mana sedikit kesilapan sahaja boleh menyebabkan bencana. |
Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat | Sesuatu pekerjaan atau usaha yang dilakukan secara bersama-sama dengan sepakat akan menghasilkan kejayaan dan kebaikan. Kerjasama dan kesatuan hati adalah kunci kejayaan. |
Genggam bara api biar sampai jadi arang | Kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi cabaran dan rintangan sehingga mencapai matlamat atau kejayaan. |
Sediakan Payung Sebelum Hujan | Bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan atau masalah sebelum ia berlaku. |
Seperti Api dalam Sekam | Sesuatu yang kelihatan tenang di luar, tetapi sebenarnya menyimpan masalah atau bahaya yang tersembunyi. |
Berat Sama Dipikul, Ringan Sama Dijinjing | Saling bekerjasama dan tolong-menolong dalam menghadapi sesuatu kesulitan atau kerja. |
Belakang Parang Pun Jikalau Diasah Nescaya Tajam | Walaupun seseorang itu kelihatan bodoh atau tidak berguna, jika diberikan pendidikan dan latihan yang baik, dia boleh menjadi pandai dan berguna. |
Bagai Mendukung Biawak Hidup | Menanggung beban atau masalah yang sukar diatasi dan hanya menambah kesulitan. |
Tak Lapuk Dek Hujan, Tak Lekang Dek Panas | Sesuatu yang tidak akan berubah atau hilang nilai walaupun diuji dengan pelbagai cabaran. |
Biar Putih Tulang, Jangan Putih Mata | Lebih baik mati daripada menanggung malu atau kehilangan maruah |
Bagaikan Langit dengan Bumi | Perbezaan yang sangat ketara antara dua perkara atau individu. |
Seperti Katak di Bawah Tempurung | Seseorang yang hanya tahu tentang perkara atau dunia di sekelilingnya sahaja, tidak tahu tentang dunia luar yang lebih luas. |
Air Tenang Jangan Disangka Tiada Buaya | Jangan menilai seseorang atau sesuatu hanya berdasarkan penampilan luaran kerana mungkin tersembunyi bahaya atau keburukan di dalamnya. |
Peribahasa-peribahasa ini bukan sahaja mengandungi nasihat dan pengajaran, tetapi juga mencerminkan kebijaksanaan dan pandangan hidup masyarakat Melayu. Ia merupakan warisan budaya yang harus dipelihara dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Semoga perkongsian peribahasa ini dapat membantu dan menambahkan lagi ilmu kita.