STR Fasa 4 adalah kesinambungan daripada program Bantuan Sara Hidup (BSH) yang disasarkan kepada golongan B40 dan M40. Bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat, terutama mereka yang berpendapatan rendah dan terjejas akibat pandemik.
Berikut dikongsikan kepada semua dengan lebih lanjut lagi tentang cara Membuat semakan status dan tarikh bayaran.
Semakan Status
Bagi mereka yang ingin membuat semakan status, anda boleh terus melalui pautan ini – https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Ikuti langkah seperti dibawah :
- Klik Log masuk MySTR
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon
- Pengesahan kata kunci keselamatan
- Maklumat akan dipaparkan :
- Nama pemohon
- No Kad Pengenalan
- Status Permohonan
- Maklumat Pembayaran Fasa 1 (jika Layak)
- Klik menu Semakan pembayaran Fasa 1
- Masukkan Kata Laluan
Tarikh Bayaran STR Fasa 4
Tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah bagi Fasa 4 adalah pada bulan November 2024.
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan Dan maklumat Lanjut mengenai STR Fasa 4 : Semakan Status & Tarikh Bayaran, sila rujuk pihak berkenaan melalui :
Talian STR HASiL : 1-800-88-2747
Talian hotline STR Kementerian Kewangan : 03-8882-4565 / 03-8882-4566
Emel : str@mof.gov.my
Leave a Reply