Contoh Minit Mesyuarat . Minit mesyuarat adalah satu dokumen rasmi yang merakamkan perbincangan, keputusan, dan tindakan yang diambil semasa mesyuarat. Minit ini amat penting untuk memastikan semua peserta mesyuarat memahami dan mematuhi apa yang telah dipersetujui.
Apa Itu Minit Mesyuarat ?
Minit mesyuarat adalah satu rekod Bertulis mengenai perkara-pekara yang dibincangkan dalam sesuatu kumpulan.
Jika tiada catatan perbincangan tidak akan ada tindakan susulan.
Format Asas Minit Mesyuarat
a) Butiran Mesyuarat:
- Tarikh: [Tarikh mesyuarat diadakan]
- Masa: [Waktu mesyuarat bermula]
- Tempat: [Lokasi mesyuarat]
- Kehadiran: [Nama peserta yang hadir]
- Pengerusi Mesyuarat: [Nama pengerusi]
- Pencatat Minit: [Nama pencatat minit]
b) Agenda Mesyuarat:
- Pembukaan Mesyuarat
- Pengesahan Minit Mesyuarat Sebelumnya
- Perkara Berbangkit
- Perbincangan Isu Utama
- Cadangan dan Keputusan
- Lain-lain Hal
- Penutupan Mesyuarat
c) Kandungan Minit:
1. Pembukaan Mesyuarat:
- Pengerusi mengalu-alukan semua peserta.
- Pengerusi mengesahkan quorum mesyuarat telah dicapai.
- Mesyuarat dimulakan pada pukul [Masa].
2. Pengesahan Minit Mesyuarat Sebelumnya:
- Minit mesyuarat yang lepas telah dibaca dan disahkan.
- Tiada bantahan atau pembetulan dicadangkan.
3. Perkara Berbangkit:
- [Ringkasan isu atau perkara yang dibincangkan pada mesyuarat sebelumnya dan kemajuan semasa.]
4. Perbincangan Isu Utama:
- Isu 1: [Huraian ringkas isu yang dibincangkan, pandangan peserta, dan tindakan yang perlu diambil.]
- Isu 2: [Huraian ringkas isu kedua, termasuk pendapat, cadangan, dan keputusan.]
5. Cadangan dan Keputusan:
- Cadangan 1: [Huraian ringkas cadangan yang telah diterima dan tindakan yang akan diambil.]
- Cadangan 2: [Huraian ringkas cadangan lain dan tindakan seterusnya.]
6. Lain-lain Hal:
- Perkara 1: [Huraian ringkas mengenai sebarang perkara lain yang dibincangkan.]
- Perkara 2: [Huraian perkara lain yang perlu dicatatkan.]
7. Penutupan Mesyuarat:
- Pengerusi menutup mesyuarat pada pukul [Masa].
- Tarikh mesyuarat seterusnya: [Tarikh mesyuarat akan datang].
Komponen Penting Dalam Minit Mesyuarat
Antara komponen penting yang perlu dicatatkan dalam munut mesyuarat adalah :
- Aluan Pengerusi
- Pengesahan Minit Mesyuarat Dan Pindaan (daripada mesyuarat lalu)
- Perkara-perkara Berbangkit
- Pembentangan Kertas Kerja atau Mengemukakan Laporan
- Hal-hal lain
- Pengguhan
Kepentingan Minit Mesyuarat
Minit mesyuarat bukan sahaja bertindak sebagai rekod dokumentasi, tetapi juga sebagai rujukan rasmi untuk tindakan lanjut. Ini memastikan setiap peserta memahami peranan dan tanggungjawab mereka dan membantu mengelakkan sebarang kekeliruan atau salah faham.
Contoh Minit Mesyuarat
Dengan menggunakan format minit mesyuarat yang teratur, semua pihak dapat mengikut perkembangan dan memastikan bahawa setiap keputusan dan tindakan yang dibuat adalah konsisten dan sejajar dengan matlamat organisasi. Anda juga boleh melihat Contoh Minit Mesyuarat disini – https://www.kuskop.gov.my/admin/files/med/image/portal/PDF/MBJ/MINIT%20MESYUARAT%20MBJ%20BIL%201%20-%202023.pdf
Contoh Minit Mesyuarat Kerajaan

Contoh Minit Mesyuarat Syarikat

Template / Contoh Minit Mesyuarat
Templete / Minit Mesyuarat
Penyediaan minit mesyuarat yang baik dan tepat adalah penting untuk memastikan segala perbincangan dan keputusan mesyuarat direkodkan dengan betul. Ini membolehkan organisasi, syarikat, atau persatuan menilai semula tindakan yang telah diambil serta merancang strategi masa depan dengan lebih baik.