Egumis

Egumis : Semakan Wang Tak Dituntut ANM

Egumis adalah sistem dalam talian yang diperkenalkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM) untuk memudahkan rakyat Malaysia membuat semakan dan tuntutan Wang Tak Dituntut (WTD). Sistem ini merupakan satu inisiatif yang penting dalam memastikan wang yang tidak dituntut oleh pemilik asal dapat dikembalikan kepada mereka dengan mudah dan efisien.

Untuk maklumat, Kementerian kewangan atau Pendaftar Wang Tidak Dituntut Tidak pernah melantik mana-mana individual, firma atau syarikat sebagai orang Tengah untuk urusan tuntutan bayaran balik WTD.

Bagi sesiapa yang ingin membuat permohonan atau semakan bayaran balik WTD boleh terus melalui aplikasi atau terus berurusan dengan pejabat Pendaftar Wang Tidak Dituntut tanpa sebarang kos atau cas. Artikel ini akan berkongsi cara membuat semakan Wang Tidak Dituntut melalui aplikasi Egumis.

Cara Membuat Semakan Wang Tak Dituntut Melalui Egumis

Ikuti langkah dibawah untuk Membuat Semakan Wang Tak Dituntut melalui Egumis

  1. Layari laman web rasmi atau klik terus pautan ini – https://egumis.anm.gov.my/ bagi yang mempunyai Akaun boleh terus log masuk di pautan ini – https://egumis.anm.gov.my/login
  2. Buatpendaftaran Pengguna secara online
  3. Pengguna akan mendapat emel berkaitan butiran Log Masuk
  4. Tukar Kata Laluan baharu
  5. Kemaskini Informasi Pengguna
  6. Klik pada “Klik Di Sini Untuk Carian Wang Tidak Dituntut” untuk Membuat Semakan WTD melalui Kad Pengenalan
  7. Sekiranya ada Maklumat mengenai WTD, cetak WTD tersebut.
Egumis

Dokumen Penting Yang Diperlukan

Antara dokumen yang penting untuk tujuan membuat tuntutan ialah :

  • Borang UMA-7
  • Salinan Kad Pengenalan (depan Dan belakang)
  • Salinan cetakan carian WTD
  • Dokuman asal yang berkenaan
  • Surat pengetahuan daripada syarikat yang Membuat serahan WTD sekiranya dokumen asal tiada
  • Salinan muka hadapan buku Akaun / bank statement
  • Sekurang-kurangnya Dua daripada 3 dokumen :
  • Borang pembelian asal banker cheque
  • Banker cheque yang asal
  • Surat pengetahuan daripada bank penyerah WTD

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Egumis : Semakan Wang Tak Dituntut ANM – Telefon 03-8000 8600 / 03-8000 8700

ATAU

Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut
Aras 1, Blok Utara, Perbendaharaan 2
No, 7, Persiaran Perdana Presint 2
Kompleks Kementerian Kewangan
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62594 Putrajaya.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *