HRMIS 2.0

HRMIS 2.0 : Login Online Portal dan Sistem Cuti

HRMIS 2.0 adalah sebuah sistem yang kritikal dalam usaha untuk memodenkan pengurusan sumber manusia dalam sektor awam Malaysia. Sistem ini dirancang untuk meningkatkan kecekapan pengurusan sumber manusia dalam sektor awam melalui penyediaan perkhidmatan yang lebih cepat dan lebih efektif. HRMIS 2.0 bertujuan untuk menyokong transformasi digital dalam pengurusan sumber manusia dan memastikan proses pengurusan dapat dijalankan secara automatik dan bersepadu.

Sistem HRMIS Untuk penjawat awam

Selain dari menyimpan dan mengemaskini rekod, sistem ini juga membolehkan setiap anggota sektor awam memohon pelbagai kemudahannyang disediakan dalam perkhitan seperti cuti, tuntutan perjalanan dan kursus yang bersesuaian.

Pegawai juga dapat melaksanakan melalui kemudahan layan diri yang disediakan antaranya adalah seperti berikut :

  • Mengemas kini rekod peribadi
  • Memohon dan menyemak cuti rehat
  • Mengemukakan tuntutan
  • Memantau prestasi kerja
  • Memohon kursus yang bersesuaian
  • Membuat penilaian kompetensi
  • Memohon kauseling
  • Memohon pertukaran

Cara Login HRMIS 2.0

  1. Layari laman web rasmi – https://hrmis2.eghrmis.gov.my/HRMISNET/Common/Main/Login.aspx
  2. Masukkan ID Pengguna
  3. Masukkan Kata Laluan
  4. Klik Peti Pesanan untuk sebarang mesej baru / tindakan yang belum di ambil
  5. Untuk meneruskan dengan lain-lain tugasan, pilih menu / Submodul yang diinginkan
  6. Log keluar setelah selesai

Pengurusan Kata laluan HRMIS

Untuk pengguna, kata laluan perlu ditukar mengikut standard Polisi keselamatan Siber (PKS) sperti berikut ‘:

  1. Sekurang-kurangnya 12 aksara
  2. Mengandungi huruf dan nombor
  3. mengdungi aksara khas (contoh :@*,&)
  4. Mengandungi Huruf besar dan kecil
HRMIS 2.0

Muat Turun Aplikasi Mobile MyHRMIS

Semua kemudahan dalam sistem HRMIS ini boleh dilakukan dengan lebih mudah dan cepat melalui aplikasi mudah alih MyHRMIS di Google Play Store dan Apple AppStore.

  1. Google Paly Storehttps://play.google.com/store/apps/details?fbclid=IwAR00ZmZZjCxrYJn5NOmwYp25jcZxVwxUcdKS0CMY3qyTWKS2goSXf4CiobY
  2. Appple Storehttps://apps.apple.com/my/app/myhrmis-mobile/id976019876?fbclid=IwAR0KgSi-I1lGgFU2niFmhuyqRWvuy2K9KNU_OHtUgRvMP5YTWxDO9N0zZAk
  3. Huawei App Gallery https://appgallery.huawei.com/?fbclid=IwAR07pizg2EYb_N_2WGwa_ks44N67h_Uq4L0UZIFxGY3d2MtlQ_L6_6PQ9Mw#/app/C101640047

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai HRMIS 2.0 : Login Online Portal dan Sistem Cuti, hubungi talian telefon 03-8321 1400 atau emelkan permasalahan anda ke Sistem Pengurusan Meja bantuan di hrmis_helpdesk@jpa.gov.my.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *