MENANGKAP TOYOL (JIN ROBIN HOOD) DI PENANG

Minggu lepas ada sorang makcik tu telefon saya minta tolong ikhtiar berubat & pagar rumah dia. Masalah makcik ni, duit dekat rumah dia suka hilang. Tapi duit tu tak hilang semua sekaligus. Kalau RM160, dia hilang RM40. Tinggal RM120. Tiap-tiap hari duit dia & suami hilang. Tak kira siang atau malam. Siap makcik tu simpan duit dalam peti ais pun boleh hilang.

Sebelum makcik tu telefon saya minta tolong mai rumah dia, makcik tu ada minta tolong dari sorang ustaz di Selangor. Ustaz tu yang bagi nombor telefon saya dekat makcik tu. Dia kata, dia nak pi rumah makcik tu jauh sangat. Jadi dia bagi la nombor telefon perawat yang tinggal dekat Pulau Pinang. Senang sikit makcik tu nak berurusan.

Jadi pagi hari Selasa minggu lepas saya pun pi la rumah makcik tu dengan anak saya yang OKU tu. Nak tinggal dia dekat rumah, takdak orang nak jaga pulak. Sampai di sana, makcik tu pun cerita balik la dekat saya masalah yang depa sedang hadapi tu.

Lepas habis cerita, saya pun bersiap sedia la nak memulakan sesi rawatan. Tapi sebelum nak start berubat, saya tanya dulu depa, ada tak sapa-sapa dekat sini yang seumur hidupnya pernah nampak hantu? Nampak waktu jaga, bukan dalam mimpi? Nak jadi cerita, ada la sorang anak saudara makcik tu kata, dia pernah nampak hantu dekat rumah dia. Saya kata cantik. Satgi saya buka hijab mata batin kak, kak scan kawasan rumah ni, bahagian luar & dalam. Sebelum tu, kak kena ikat dulu mata kak dengan kain. Nanti masa nak scan, kak tengok melalui minda (imaginasi), bukan pakai mata. Cuma bezanya, kalau kak imagine sekarang (sebelum saya baca doa buka hijab) kak cuma boleh nampak rumah macam biasa ja. Tapi selepas saya baca doa buka hijab, kak akan nampak makhluk-makhluk ghaib yang ada dekat kawasan ni. Kak tu pun setuju nak buat TKR (Singkatan nama bagi Teknik Kembara & Rawat).

Lepas kakak tu siap ikat mata dengan kain, saya pun start la baca doa buka hijab dekat dia. Habis ja saya siap baca doa, kakak tu pun nampak ada seekor Jin nak macam toyol. Tinggi paras pinggang, badan hitam & bulat (gempal). Ada 2 tanduk macam kerbau. Muka macam iblis katanya. Kakak tu kata jin yang dia nampak ni lagi advance dari toyol. Jin tu mai berjalan dari luar rumah nak masuk ke rumah makcik tu melalui pintu masuk depan rumah. Bila jin tu nampak saya ada dalam rumah, dia (jin) tak berani nak masuk rumah. Dia dok tunggu dekat depan pintu.

Saya pun suruh kakak tu doa dalam hati minta Allah kunci segala gerak sendi jin tu jangan bagi dia lari. Lepas kak tu doa kunci, jin tu terus jadi kaku, keras macam patung. Lepas tu saya suruh kakak tu berkomunikasi dengan jin tu. Tanya dia mai dari mana? Duit yang dok hilang dekat rumah ni sebelum ni hang ka yang curi? Kakak tu pun tanya la jin tu seperti yang saya suruh. Jin tu mengaku memang dia yang curi duit tu. Tapi duit yang dia curi tu dia bagi dekat orang dengan cara letak atau selit dekat mana-mana. Sapa yang jumpa duit tu kira rezeki depa la. Jin tu takdak tuan. Dia buat kerja ni (mencuri duit) sukarela ja. (Mungkin niat dia nak tolong orang-orang susah kot. Amal jariah la sangat… sampai menyusahkan orang).

Saya pun suruh kakak tu baling BOM ja dekat jin tu bagi melutup, terbakar & jadi abu. Hidup pun buat menyusahkan orang ja. Lepas dah siap musnahkan jin tu, saya pun suruh kakak tu scan semua kawasan rumah makcik tu. Lepas siap scan rumah makcik tu, saya suruh dia scan rumah dia sendiri pulak. Dekat rumah makcik tu, kakak tu kata clear (takdak jin dah melainkan jin yang tadi ja). Tapi bila dia scan rumah dia sendiri, banyak pulak jin (hantu) yang dia nampak dekat luar rumah & dalam rumah dia. Dekat luar rumah dia nampak sekor jin penunggu ja. Dekat dalam rumah yang banyak. Macam-macam jenis jin dok ada. Semua jin yang kakak tu nampak, saya suruh dia baling BOM ja biaq hancur berkecai, terbakar jadi abu.

Lepas dah siap sesi scan (TKR), barulah saya mulakan rawatan pada depa semua & buat pagar rumah. Sebelum tu saya minta makcik tu sediakan 1 kotak (peti) besi yang berkunci. Peti ni saya akan PAGAR secara ghaib. Nanti duit-duit atau apa-apa barang berharga, boleh simpan dalam peti ni. Insya Allah, toyol tak boleh buka & curi duit dalam peti tu.

Lepas siap pagar rumah makcik tu, saya pi pagar rumah kakak tu pulak. Rumah kakak tu depan rumah makcik tu ja. Kira jiran + anak menakan (anak saudara) makcik tu la.

Dah habis berubat semua, saya pun minta izin nak balik la. Depa nak jamu makan, saya kata takpa, satgi saya singgah beli makanan dekat kedai ja…

SEKIAN.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

kredit : Rahmat Rahman


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *