Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan salah satu inisiatif penting dari kerajaan Malaysia untuk membantu golongan yang memerlukan, khususnya dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat. Program ini menyediakan bantuan kewangan terus kepada rakyat yang layak, dengan tujuan untuk meringankan beban kewangan serta meningkatkan kesejahteraan mereka.
Untuk memastikan bantuan yang diberikan melalui STR sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan, kerajaan telah menetapkan beberapa kriteria kelayakan. Antara kriteria utama yang perlu dipenuhi termasuklah pendapatan isi rumah dan bilangan tanggungan.
Dalam artikel ini, kita akan melihat lebih dekat mengenai semakan kelayakan dan tarikh pembayaran STR untuk tahun 2024.
Tarikh Bayaran Bantuan STR 2024
Berikut adalah tarikh penting bagi pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) mengikut Fasa :
Fasa | Tarikh Bayaran |
Fasa 1 | 29 januari 2024 |
Fasa 2 | 03 April 2024 |
Fasa 3 | – Ogos 2024 |
Fasa 4 | – November 2024 |
Cara Membuat Semakan STR
Untuk membuat semakan status permohonan anda boleh terus melalui laman web – https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Untuk cara membuat semakan STR boleh ikuti langkah seperti di bawah:
- Klik log masuk MySTR
- Masukkan No. Kad Pengenalan
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Kli Semakan Status
- Maklumat akan dipaparkan :
- Status permohonan
- Maklumat Pembayaran (Jika Ada)
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai STR : Semakan Dan Tarikh Pembayaran 2024 anda boleh terus ke :
Talian STR Hasil : 1-800-88-2747
Talian Hotline STR Kementerian Kewangan : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
Emel : str@mof.gov.my
Leave a Reply