Pembayaran gaji adalah perkara yang penting bagi setiap penjawat awam di Malaysia. Ia tidak hanya menyediakan kepastian kewangan, tetapi juga memastikan kecekapan dalam perancangan kewangan peribadi.
Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah mengeluarkan senarai tarikh rasmi pembayaran gaji bagi semua penjawat awam di Malaysia bagi tahun 2024. Berikut adalah jadual tarikh pembayaran gaji bagi penjawat awam Malaysia untuk tahun 2024, yang telah diumumkan oleh pihak berkuasa yang berkenaan:
Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam 2024
Bulan | Tarikh | Hari | Catatan |
Januari | 24.01.2024 | Rabu | Hari Thaipusam 25 Januari 2024 (Khamis) |
Februari | 23,02.2024 | Jumaat | Tahun Baru Cina 10 & 11 Februari 2024 (Sabtu & Ahad) |
Mac | 25.03.2024 | Isnin | – |
April | 25.04.2024 | Khamis | Hari Puasa 10 & 11 April 2024 (Rabu & Khamis) |
Mei | 24.05.2024 | Jumaat | Hari Pesta Kaamatan 30 & 31 Mei 2024 (Khamis & Jumaat) |
Jun | 13.06.2024 | Khamis | Hari Gawai 1 & 2 Jun 2024 (Sabtu & Ahad) Hari Raya Haji 17 & 18 Jun 2024 (Isnin & Selasa) |
Julai | 19.07.2024 | Jumaat | – |
Ogos | 23.08.2024 | Jumaat | – |
September | 25.09.2024 | Rabu | – |
Oktober | 24.10.2024 | Khamis | Hari Deepavali 31 Oktober 2024 (Khamis) |
November | 25.11.2024 | Isnin | – |
Disember | 19.12.2024 | Khamis | Hari Krismas 25 Disember 2024 (Rabu |
Dengan jadual yang jelas, penjawat awam dapat merancang belanjaan dan simpanan mereka dengan lebih teratur. Jadual ini memberikan keselesaan kepada penjawat awam untuk merancang perbelanjaan dan komitmen kewangan mereka dengan lebih berkesan. Selain itu, ia juga memudahkan mereka untuk menguruskan pembayaran pinjaman, bil-bil, dan perbelanjaan bulanan lain dengan lebih baik.
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai Jadual Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam 2024 anda boleh terus layari laman web rasmi – https://www.anm.gov.my/perkhidmatan/pembayaran-gaji
Atau
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
Aras 1-8 Kompleks Kementerian Kewangan,
No. 1, Persiaran Perdana, Presint 2,
62594 Putrajaya.
No. – +603 – 8882 1000
Leave a Reply