eBaki MARA : Login Semakan Baki Pinjaman MARA. MARA merupakan satu institusi yang ditubuhkan oleh kerajaan bagi membangunkan golongan bumiputera dalam Negara. Salah satu inisiatif yang diusahakan adalah menyediakan kemudahan pinjaman Pelajaran yang berbentuk pinjaman boleh ubah kepada pelajar bumiputera yang melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi.
Bagi para pelajar yang pernah menerima bantuan pembiayaan pendidikan daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA), semakan baki pinjaman menjadi satu perkara penting. MARA telah memperkenalkan platform atas talian yang dikenali sebagai eBaki MARA, untuk memudahkan peminjam membuat semakan baki pinjaman pendidikan mereka. Ini adalah satu kemudahan yang sangat membantu, terutamanya bagi mereka yang ingin memantau status pembayaran pinjaman atau mendapatkan maklumat terkini mengenai pinjaman mereka.

Cara Daftar eBaki MARA
Bagi mereka yang baru nak menggunakan eBaki MARA, anda dikehendaki untuk mendaftar terlebih dahulu. Ikuti langkah seperti berikut untuk membuat pendaftaran :
- Layari pautan eBaki disini – https://apps.mara.gov.my/ebakiv2/
- Bagi pengguna baru yang ingin mendaftar, klik pada link “Pengguna Baru”
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan untuk melakukan carian
- Kemudian, lengkapkan pendaftaran Dan isi segala Butiran yang dikehendaki
Cara Membuat Semakan Baki Pinjaman MARA
- Layari pautan eBaki disini – https://apps.mara.gov.my/ebakiv2/
- Masukkan ID Pengguna Dan Kata laluan
- Klik butang “Hantar”
- Pada Kolum “Jadual Bayaran Baklik” Klik

Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan Dan maklumat lanjut mengenai MARA, sila layari saluran berikut :
- Facebook – https://www.facebook.com/MajlisAmanahRakyat
- Laman web rasmi – https://www.mara.gov.my/
- Emel – informasi@mara.gov.my