HRMIS 2.0

HRMIS 2.0 : Login Mohon Cuti Penjawat Awam

HRMIS 2.0 atau Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia merupakan satu sistem bersepadu yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia untuk memudahkan pengurusan sumber manusia dalam sektor awam. Sistem ini menyediakan pelbagai kemudahan seperti pengurusan cuti, rekod perkhidmatan, penilaian prestasi, dan banyak lagi.

Apa itu HRMIS 2.0?

HRMIS 2.0 adalah versi terkini dari Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia yang direka untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan sumber manusia dalam sektor awam. Sistem ini diperkenalkan untuk menggantikan sistem yang lebih lama dengan antaramuka yang lebih mesra pengguna, fungsi yang lebih canggih, dan integrasi yang lebih baik dengan sistem-sistem lain.

Secara ringkasnya, sistem HRMIS ini :

  • Dibangunkan secara komprehensif dengan mengambil kira semua proses dan fungsi HR dari mula perlantikan sehingga kepada penamatan perkhidmatan.
  • Semua rekod berkaitan sepanjang perkhidmatan akan direkod dan disimpan secara digital.
  • Dapat mempercepatkan proses HR (sumber Manusia).

Sistem HRMIS Untuk Penjawat Awam

Selain dari menyimpan dan mengemaskini rekod, sistem ini juga membolehkan setiap anggota sektor awam memohon pelbagai kemudahan yang disediakan dalam perkhidmatan seperti cuti, tuntutan perjalan dan kursus yang bersesuaian.

Melalui kemudahan layan diri yang disediakan, pegawai dapat melaksanakan, antara lain, perkara-perkara iaitu :

  • Mengemas kini rekod peribadi
  • Memohon dan menyemak cuti
  • mengemukakan tuntutan
  • Memantau prestasi kerja
  • Memohon kursus yang bersesuaian
  • Membuat penilaian kompetensi
  • Memohon Pertukaran
  • memohon Kaunseling

Cara Login HRMIS 2.0

Ikuti langkah seperti di bawah untuk login ke HRMIS 2.0 :

  1. Layari laman web rasmi – https://hrmis2.eghrmis.gov.my/HRMISNET/Common/Main/Login.aspx
  2. Masukkan ID Pengguna
  3. Masukkan Kata Laluan
  4. Klik Peti Pesanan untuk sebarang mesej baru / tindakan yang belum diambil
  5. Untuk meneruskan dengan yang lain-lain tugasan, pilih menu / Submodul yang diinginkan
  6. Log Keluar setelah selesai
HRMIS 2.0

HRMIS 2.0 : Mohon Cuti

Untuk memohon cuti melalui HRMIS 2.0, ikuti langkah seperti berikut :

  1. Layai laman web rasmi HRMIS 2.0 – https://hrmis2.eghrmis.gov.my/HRMISNET/Common/Main/Login.aspx
  2. Masukkan ID Pengguna
  3. Masukkan Kata laluan
  4. Klik Pengurusan Saraan, Faedah dan Ganjaran
  5. Klik Pengurusan Cuti
  6. Pergi ke Fungsi – Permohonan Cuti
  7. Pilih Kategori Cuti
  8. masukkan maklumat berkenaan cuti
  9. Permohonan selesai

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai HRMIS 2.0 : Login Online Portal dan Sistem Cuti, hubungi talian telefon 03-8321 1400 atau emelkan permasalahan anda ke Sistem Pengurusan Meja bantuan di hrmis_helpdesk@jpa.gov.my.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *