Semakan Status Mykid JPN Secara Online. MyKid adalah kad pengenalan untuk kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun di Malaysia. Ia berfungsi sebagai pengganti kepada sijil kelahiran dan mengandungi maklumat penting mengenai pemiliknya. Dengan perkembangan teknologi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah memperkenalkan sistem semakan status MyKid secara dalam talian untuk memudahkan urusan ibu bapa dan penjaga.
Untuk pengetahuan, My kid mengandungi 3 aplikasi utama yang terkandung di dalam Cip iaitu :
- Aplikasi JPN (data kelahiran)
- Maklumat kesihatan
- Maklumat pendidikan
Cara Memohon Mykid
Bagi proses permohonan Mykid adalah mudah Dan boleh dilakukan di mana-mana pejabat JPN di seluruh Malaysia. Berikut adalah cara-cara untuk Memohon :
1. Dokumen diperlukan
- Sijil kelahiran asal atau salinan
- Mykad ibu bapa atau penjaga asal Dan salinan
- Borang permohonan yang lengkap diisi (Borang JPN.KC02)
2. Proses Permohonan
- Kunjungi mana-mana pejabat JPN yang berdekatan Dan membawa dokumen yang diperlukan
- Isi Borang permohonan dengan lengkap Dan serahkan kepada pegawai JPN
- Pegawai akan memproses Permohonan’ Dan memberikan resit sebagai bukti permohonan
- Pastikan anda mendapat Notis Kutipan Mykid yang tertera no Mykis untuk semakan status permohonan
3. Bayaran
- Tiada bayaran dikenakan untuk Permohonan’ Kali pertama, Namun, untuk penggantian Mykid yang hilang atau rosak, bayaran tertentu akan dikenakan.
Semakan Status Mykid JPN
Berikut adalah perkongsian bagi panduan semakan / manual pengguna untuk rujukan pengguna atau ibu bapa membuat semakan status terkini.
Sekiranya anda mendapat status “Status Permohonan : Mykid sedia untuk diambil” anda boleh terus datang untuk mengambil Mykid anak anda.
Semakan Melalui Online
- Layari laman web rasmi JPN – https://www.jpn.gov.my/my/
- Pilih e-service
- Klik menu “Semakan Status Permohonan”
- Masukkan No. MyKid Dan CAPTCHA yang dipaparkan
- Klik butang “Semak” untuk mendapatkan status terkini permohonan Mykid
- Jika paparan status Permohonan seperti gambar di atas iaitu ” Status Permohonan : Mykid sedia untuk di ambil ” makan anda boleh terus datang untuk mengambil Mykid anak anda di cawangan JPN .
Semakan Melalui SMS
- Taip JPN<jarak>MYKID<jarak>No. MyKid
- Hantar SMS ke 15888
- Caj perkhidmatan sebanyak RM0.15 akan dikenakan sebagai caj penghantran Dan RM0.20 Paula akan dikenakan sebagai caj penerimaan
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai Semakan Status Mykid JPN, sila rujuk terus ke Portal Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di pautan ini – https://www.jpn.gov.my/my/
Leave a Reply