Bacaan Doa Dhuha Dan Cara Solat Dhuha. Solat Dhuha adalah salah satu solat sunat yang sangat dianjurkan dalam Islam. Ia dilakukan pada waktu pagi selepas matahari terbit sehingga sebelum waktu Zohor. Solat ini dianggap sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT atas segala nikmat yang diberikan dan memohon rezeki yang berkat.
Bacaan Doa Dhuha Dan Cara Solat Dhuha
Berikut adalah cara bagi mengerjakan Solat Sunat Dhuha yang di rujuk melalui https://mufti.pahang.gov.my/index.php/panduan-solat-dhuha/ dan beberapa sumber lain yang berkaitan.
Cara Solat Dhuha
Solat Dhuha boleh dilakukan dengan sekurang-kurangnya dua rakaat dan maksimum dua belas rakaat, mengikut kemampuan dan kesanggupan individu. Berikut adalah langkah-langkah untuk melaksanakan solat Dhuha:
1. Niat
Niat solat Dhuha boleh dilakukan dalam hati atau dilafazkan. Contoh niat solat Dhuha dua rakaat adalah: أُصَلِّي سُنَّةَ الضُّحَى رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
Usolli sunnatad dhuha rak’ataini lillahi ta’ala (Maksud: “Sahaja aku solat sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”)
2. Rakaat Pertama
- Takbiratul Ihram – Bertakbir dengan menyebut “Allahu Akbar” sambil mengangkat tangan.
- Membaca Doa Iftitah – (pilihan).
- Membaca Surah Al-Fatihah.
- Membaca Surah Pilihan – (contohnya, Surah Ash-Shams atau Surah Al-Kafirun).
- Rukuk – Membaca tasbih sebanyak tiga kali.
- Iktidal – Bangun dari rukuk dengan menyebut “Sami’Allahu liman hamidah”.
- Sujud – Membaca tasbih sebanyak tiga kali.
- Duduk Antara Dua Sujud – Membaca doa.
- Sujud Kedua – Membaca tasbih sebanyak tiga kali.
- Bangun untuk rakaat kedua.
3. Rakaat Kedua
- Membaca Surah Al-Fatihah.
- Membaca Surah Pilihan – (contohnya, Surah Ad-Duha atau Surah Al-Ikhlas).
- Rukuk – Membaca tasbih sebanyak tiga kali.
- Iktidal – Bangun dari rukuk dengan menyebut “Sami’Allahu liman hamidah”.
- Sujud – Membaca tasbih sebanyak tiga kali.
- Duduk Antara Dua Sujud – Membaca doa.
- Sujud Kedua – Membaca tasbih sebanyak tiga kali.
- Duduk Tahiyyat Akhir – Membaca tahiyyat akhir.
- Memberi Salam – Mengucapkan salam ke kanan dan ke kiri.
Bacaan Doa Dhuha
Selepas menunaikan solat Dhuha, adalah disunatkan untuk membaca doa Dhuha. Berikut adalah teks doa Dhuha:
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي، وَتُبْ عَلَيَّ، إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمِ
“Allahummagh fir lii wa tub ‘alyya, innaja antat tawwabur Rahim”
Ertinya : Ya Allah, ampunilah aku Dan terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang) sampai baginda membacanya stratus Kali, (HR. Bukharin dalam Al-Adab Al-Mufrad, no. 619)
اللهم إن الضحى ضحاؤك، والبها بهاؤك، والجمال جمالك، والقوة قوتك، والقدرة قدرتك، والعصمة عصمتك.
اللهم إن كان رزقي في السماء فأنزله، وإن كان في الأرض فأخرجه، وإن كان معسرا فيسره، وإن كان حراما فطهره، وإن كان بعيدا فقربه، بحق ضحائك، وبهائك، وجمالك، وقوتك، وقدرتك، آتنا ما آتيت عبادك الصالحين.
Maksudnya:
“Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu dhuha-Mu, keagungan itu keagungan-Mu, kecantikan itu kecantikan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu, dan perlindungan itu perlindungan-Mu.
Ya Allah, jika rezekiku berada di atas langit, turunkanlah, jika berada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah, dan jika jauh, dekatkanlah. Dengan keberkatan waktu dhuha, keagungan, kecantikan, kekuatan, dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepadaku segala yang Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh.”
Solat Dhuha merupakan amalan yang sangat dianjurkan bagi umat Islam. Ia bukan sahaja memberi ketenangan jiwa tetapi juga membawa banyak manfaat dari segi spiritual dan material. Marilah kita memperbanyakkan solat sunat Dhuha dalam kehidupan seharian sebagai tanda kesyukuran dan pengharapan kepada Allah SWT. Semoga perkongsian Bacaan Doa Dhuha Dan Cara Solat Dhuha ini bermanfaat kepada kita semua
Leave a Reply